Kata pemeri merupakan kata
yang berfungsi untuk merangkaikan frasa subjek dengan frasa predikat bagi
membentuk ayat yang lengkap agar gramatis dari segi penulisan dan pertuturan.
Kata pemeri terbahagi kepada dua iaitu ialah
dan adalah. Namun, sering
didapati murid-murid di peringkat sekolah rendah mahupun peringkat menengah seringkali
menggunakan kata pemeri yang salah sama ada dalam percakapan atau penulisan
sehingga menjejaskan hukum tatabahasa. Kit
i-Think Interaktif Kata Pemeri ini dicipta bertujuan untuk
membantu murid-murid khasnya dalam menggunakan kata pemeri yang betul
bersesuaian dengan hukum tatabahasa bahasa Melayu dan juga menjadikan
pembelajaran lebih menyeronokkan. Kit Peta i-Think
Interaktif Kata Pemeri merupakan
sebuah kit pembelajaran yang dilengkapi dengan formula kata pemeri, nota, latihan
pengukuhan dalam bentuk kuiz dan permainan bersesuaian dengan konsep didik
hibur dan pengaplikasian digital dalam proses PDPC. Hal ini demikian kerana
melalui penggunaan Kit Peta i-Think Interaktif Kata Pemeri nota yang disediakan lebih
ceria kerana disertakan dengan irama muzik. Aspek permainan dan kuiz yang
menyeronokkan juga tidak mengetepikan pengisian yang bersesuaian untuk
murid-murid. Elemen interaktif seperti permainan, simulasi dan latihan
pengukuhan merupakan aspek utama inovasi ini. Justeru suasana kelas yang
melibatkan dua hala antara guru dan murid-murid akan menjadi lebih berkesan.
Malah persembahan nota dan penilaian serta permainan dalam bentu peta i-think menambahkan pemahaman murid
kerana mengajar murid berfikir secara berstruktur.
Antara contoh soalan yang terdapat dalam kit ini
Permainan turut disertakan bagi menarik minat murid-murid untuk mempelajari dengan lebih mendalam mengenai kata Pemeri.
Kit
ini mengandungi 3 elemen utama iaitu Nota, kuiz dan permainan. Kuiz
dapat dibahagikan kepada dua iaitu kuiz secara atas talian dengan
menggunakan aplikasi Kahoot dan juga kuiz luar talian. Permainan pula terdiri daripada dua iaitu
Penalti IN-ASA dan Permainan Peta Minda.
Muka hadapan kit
![]() |
Formula khas yang dicipta bagi memudahkan murid-murid memahami penggunaan kata pemeri "ialah" dan "adalah" |
Berikut ialah elemen-elemen yang diketengahkan dalam kit ini:
- Nota
- Kuiz
- Permainan
Antara contoh soalan yang terdapat dalam kit ini
