Total Pageviews

Tuesday, 8 October 2019

Kit i-Think Interaktif Kata Pemeri


Kata pemeri merupakan kata yang berfungsi untuk merangkaikan frasa subjek dengan frasa predikat bagi membentuk ayat yang lengkap agar gramatis dari segi penulisan dan pertuturan. Kata pemeri terbahagi kepada dua iaitu ialah dan adalah. Namun, sering didapati murid-murid di peringkat sekolah rendah mahupun peringkat menengah seringkali menggunakan kata pemeri yang salah sama ada dalam percakapan atau penulisan sehingga menjejaskan hukum tatabahasa. Kit  i-Think Interaktif Kata Pemeri ini dicipta bertujuan untuk membantu murid-murid khasnya dalam menggunakan kata pemeri yang betul bersesuaian dengan hukum tatabahasa bahasa Melayu dan juga menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan. Kit Peta i-Think Interaktif Kata Pemeri merupakan sebuah kit pembelajaran yang dilengkapi dengan formula kata pemeri, nota, latihan pengukuhan dalam bentuk kuiz dan permainan bersesuaian dengan konsep didik hibur dan pengaplikasian digital dalam proses PDPC. Hal ini demikian kerana melalui penggunaan Kit Peta i-Think Interaktif Kata Pemeri nota yang disediakan lebih ceria kerana disertakan dengan irama muzik. Aspek permainan dan kuiz yang menyeronokkan juga tidak mengetepikan pengisian yang bersesuaian untuk murid-murid. Elemen interaktif seperti permainan, simulasi dan latihan pengukuhan merupakan aspek utama inovasi ini. Justeru suasana kelas yang melibatkan dua hala antara guru dan murid-murid akan menjadi lebih berkesan. Malah persembahan nota dan penilaian serta permainan dalam bentu peta i-think menambahkan pemahaman murid kerana mengajar murid berfikir secara berstruktur.


Kit ini mengandungi 3 elemen utama iaitu Nota, kuiz dan permainan. Kuiz dapat dibahagikan kepada dua iaitu kuiz secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Kahoot dan juga kuiz luar talian. Permainan pula terdiri daripada dua iaitu Penalti IN-ASA dan Permainan Peta Minda.


Muka hadapan kit

Formula khas yang dicipta bagi memudahkan murid-murid memahami penggunaan kata pemeri "ialah" dan "adalah"


Berikut ialah elemen-elemen  yang diketengahkan dalam kit ini:
  1. Nota
  2. Kuiz
  3. Permainan





Antara contoh soalan yang terdapat dalam kit ini








Permainan turut disertakan bagi menarik minat murid-murid untuk mempelajari dengan lebih mendalam mengenai kata Pemeri.

















Permainan yang kedua merupakan permainan peta minda. Dalam permainan ini, terdapat dua bahagian iaitu memilih kata dan sambung ayat.







 Bagi mengukuhkan lagi pemahaman murid-murid, nota tambahan turut dibekalkan bersama-sama dengan kit ini.

11 comments: